waniazila89
6 tahun
Bilakan Suntikan Perancang Mula Melindungi Saya
Assalamualaikum Dr.
Saya ingin bertanya,saya telah bersama dengan husband pada hari ke 55(semalam. Saya telah bersalin pada 14.12.19 yang lalu. Untuk pengetahuan dr, saya juga telah mengambil suntikan perancang pada khamis minggu lepas. Berapa lama suntikan perancang ni mula bertindak dan mula melindungi saya ye?Saya risau saya mengandung,walaupun saya dh suntik perancang. Adakah perlu saya makan pil perancang ye? Untuk mengelakkan gejala khamilan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, ulasan bagi masalah anda amatlah bergantung kepada jenis suntikan perancang yang anda ambil. Bagi suntikan Depo Provera, ia bertindak bergantung kepada tempoh masa anda menerima suntikan tersebut. Kebiasaannya suntikan tersebut bertindak dalam jangka masa 7 hari pengambilan. Jika anda menerima suntikan dalam jangka masa 7 hari selepas datang haid, anda akan dilindungi daripada kehamilan dengan segera. Jika kamu mengambil suntikan tersebut pada waktu lain ( bukan sewaktu datang haid ) anda atau pasangan perlulah mengunakan kaedah perancangan tambahan seperti kondom.
Untuk pengetahuan anda juga, setiap suntikan Depo Provera bertindak selama 12 minggu dan anda perlu untuk mengambil suntikan seterusnya selepas tamat tempoh masa tersebut.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih




































