Sulit
4 tahun
Bilik pesakit Covid kuarantin di rumah
Saya nak tahu, jika pesakit COVID19 telah tamat kuarantin hari ke-10 di rumah/bilik sendiri, selepas habis kuarantin tersebut adakah bilik itu boleh di gunakan untuk orang lain yang bebas COVID?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, bilik yang digunakan oleh bekas pesakit Covid-19 boleh digunakan oleh orang lain yang bebas Covid-19. Namun, sebelum penggunaan bilik tersebut, anda perlu memastikan beberapa perkara berikut :
- Bilik yang digunakan telah dibersihkan dengan pembasmi kuman, serta cadar yang digunakan telah dibasuh
- Memastikan tingkap bilik dibuka untuk pengudaraan bilik
- Bersihkan semua permukaan yang disentuh oleh bekas pesakit Covid-19 dengan pembasmi kuman
Sekiranya anda ingin membersihkan bilik tersebut, sila pakai pelitup muka dan menggunakan sarung tangan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































