Sulit
4 tahun
Bimbang tentang Covid 19
Saya baru shja sihat dri pnyakit covid 19.Bolehkh sy di jangkiti sekali lagi?dan saya di fahamkn dari sumber yg tidak berasas,ada pesakit yg buat Pcr selepas 3 bln masih positif?sy risau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan yang sedang melanda diri anda ketika ini.
Berdasarkan kenyataan anda, antibodi terhadap virus COVID-19 akan berada di dalam badan bekas pesakit COVID-19 buat sementara waktu dan kemungkinan untuk ujian tersebut menjadi positif masih ada.
Untuk pengetahuan anda, risiko pesakit COVID-19 yang sudah sembuh sepenuhnya untuk dijangkiti semula virus itu, dikatakan berada pada tahap sangat rendah. Bagaimanapun, anda berisiko dijangkiti semula jika virus yang mengalami mutasi atau strain lain.
Selain itu, bekas pesakit COVID-19 yang paras antibodi neutralisasi dalam darah rendah mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti virus itu semula. Inilah antara sebab mengapa kita perlu mendapatkan vaksin secepatnya bagi membendung masalah jangkitan COVID-19.
Disarankan untuk anda menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































