
Sulit
3 tahun
Bintik berair pada kaki dan berulang setelah beberapa minggu sembuh dan berjangkit pada bahagian tubuh badan yang lain
Saya berumur 20 tahun. Dalam bulan 5 lepas kaki saya luka digigit nyamuk, selepas itu luka saya semakin teruk apabila saya garu bahagian tersebut. Kemudian saya tampalkan salopas pada bahagian luka untuk hilangkan rasa gatal pada kaki saya. Beberapa hari kemudian kawasan luka tersebut menjadi bintik bintik gatal dan agak berair. Saya telah pun merujuk doktor, doktor memberitahu bahawa berkemungkinan disebb kan oleh hypersensitive skin. Saya pun telah meletakkan ubat untuk kawasan luka tersebut. Namun selepas beberapa minggu kawasan parut luka tersebut kembali gatal dan kemerahan. Bintik2 tersebut juga muncul pada bahagian badan yang lain selepas beberapa minggu termasuklah pada bibir saya. Pada bibir saya hanya ada satu dua bibir berair sahaja bersaiz sangat kecil. Tetapi apabila saya sapu ubat yang sama untuk gatal bahagian kaki tersebut, bintik bintik kecil pada bibir saya terus hilang tetapi tetap berulang dalam beberapa minggu.Adakah bintik bintik tersebut mempunyai kaitan dengan penyakit lain, sebab saya ada terbaca berkenaan herpes tetapi apabila saya melihat gambar penyakit herpes, bintik2 herpes adalah sedikit besar dan berwarna kuning. Bintik berair pada bibir saya hanya kecil sahaja. Mohon doktor dapat membantu masalah saya…sekian terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kulit seperti bintik-bintik kecil yang berair. Kami akan cuba membantu anda.
Kami akan menjawab soalan anda secara umum kerana kami tidak dapat menyimpulkan punca masalah anda secara tepat tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal. Seperti yang anda sedia maklum, bintik bintik tersebut boleh disebaban oleh jangkitan herpes simplex. Selain itu, masalah anda juga boleh disebabkan oleh :
- Hand, foot and mouth disease (biasanya dilihat pada kanak-kanak tetapi boleh berlaku dalam kalangan dewasa)
- Jangkitan kulit seperti kayap atau cacar air
- Dermatitis kontak
- Eczema
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh berhubung dengan doktor pakar kulit kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!