
Sulit
3 tahun
Bintik-bintik berair pada tapak tangan dan kaki.Tapi tak gatal
Saya wanita berumur 25 tahun, saya nak tanya dr kenapa ada bintik-bintik berair pada tapak tangan dan kaki saya…benda ni pernah berlaku 5tahun lepas dan sekarang ada balik…Masa tu dr dah bagi injection and dah sembuh. bintik berair ni tak gatal. Adakah benda ni terjadi disebabkan pemakanan?? Ada yang cakap jangan makan ikan and telur. Sebab saya tak mengalami eczema pun sebelum ni. Thanks.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, bintik bintik berair pada tapak tangan dan kaki boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya, jangkitan kulit, penyakit kulit, penyakit autoimun, penyakit alahan dan lain.
Selain itu, pemakanan biasanya tidak akan menyebabkan gejala bintik pada tapak tangan dan kaki.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.