
Sulit
4 tahun
Bintik bintik keputihan di sekitar luaran tepi hidung
Salam doktor… Saya ada masalah di bahagian luaran hidung. Saya mempunyai banyak bintik2 putih di sekitar luaran tepi hidung. Apabila saya menyapu tisu di bahagian tersebut, ada bau yang kurang menyenangkan. Apa masalah saya ya dan cara untuk mencegah. Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Lazimnya gejala anda boleh disebabkan
- jangkitan fungus
- jangkitan bakteria
- jerawat
- whiteheads
- atau gangguan kulit lain
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.