
Sulit
4 tahun
Bintik bintik merah di bahagian peha saya
Pada tengah hari semalam saya berasa ada sesuatu di bahagian peha saya, lalu saya selak ada biji biji merah di bahagian peha tetapi ianya tidak berapa gatal hanya beberapa biji merah boleh saya tahu sebabnya? dan apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gigitan serangga
- Alahan
- Jangkitan Virus
- Urticaria
- Dermatitis kepada bahan kimia
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.