
Anonymous
5 tahun
Bintik di bibir kemaluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sy wanita dalam 20 an dan masih belum berkahwin. Semalam ada bintik bintik kecil yg tumbuh di kawasan bibir kemaluan sy. Tapi tak gatal dan tak menyakitkan. Adakah bintik tu satu penyakit yang berbahaya? Apa penyebab bintik tu muncul dan apa cara nak hilangkan bintik tu?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
Ketuat di bahagian kemaluan: Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur
Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes): Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan
Sifilis :Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.