
Sulit
3 tahun
Bintik merah dn berair pada badan
Saya wanita 20an. Semenjak saya hamil badan saya ditumbuhi gatal merah serta berair. Apakah yang patut saya lakukan dr? Adakah ia kesan dari kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terhadap masalah ruam kulit berair yang dialami. Kami akan membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami dan anda tidak perlu risau.
Untuk pengetahuan anda, bintik atau ruam berair yang dialami oleh anda bukanlah disebabkan oleh kesan kehamilan. Ia berpunca daripada masalah kulit itu sendiri dan puncanya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
Antara faktor yang boleh menyebabkan timbul ruam pada permukaan kulit adalah:
- Ruam peluh disebabkan pemakaian pakaian yang terlalu ketat
- Penggunaan pakaian yang kurang bersih
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
- Chicken pox
- Dermatitis
- Bullous impetigo
- Reaksi alahan
Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.