Sulit
6 tahun
Bintik merah kemaluan
Salam sejahtera. Saya pelajar 17tahun. Sebulan yang lalu, saya mengalami rasa gatal di bahagian kemaluan dan mendapati terdapat beberapa bintik merah yang timbul. Hal ini tidak pernah terjadi dan mengganggu saya untuk fokus belajar kerana sering berasa gatal di bahagia tersebut. Perlukah saya berjumpa dengan doktor kerana saya kerap mengalami senggugut yang teruk. Saya bimbang kerana sudah sebulan lebih ia berlarutan dan bintik merah semakin banyak namun timbul ditempat yang berlainan. Perlukah saya bimbang walaupun masih pada usia yang muda? Apa yang patut saya lakukan? Terimakasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik merah dan kegatalan yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































