Sulit
6 tahun
Bintik merah pada badan dan kaki
Saya mempunyai bintik merah pada badan, tangan dan di kaki. Apabila berpeluh saya akan merasa gatal. Bila tidak berpeluh okay. Saya ingin tahu apa masalah atau penyakit yg tengah saya alami ini. Dan bagaimana cara utk mengatasinya? Ada ubat atau krim sapu untuk masalah saya ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik merah yang timbul dan gatal boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Urticaria / allergy yang mana dalam kes anda alahan terhadap kenaikan tubuh badan samaada akibat terdedah kepada panas atau matahari
- Ptyriasis alba
- Akibat alahan terhadap makanan
Memandangkan gejala timbul apabila berpeluh, anda adalah dinasihatkan untuk melakukan hal-hal seperti berikut:
- Mengenalpasti alergen (pencetus) alahan anda dan menjauhi. Dalam kes heat allergy , pencetus biasanya adalah air mandi panas, berjemur di bawah matahari dan suhu ruangan yang panas. Justeru, bagi mengelakkan anda haruslah menghindari semua hal diatas sebagai contoh menggunakan payung apabila terpaksa berjalan dibawah matahari.
- Elakkan baju yang ketat dan gunakan bahan pakaian yang menyerap peluh seperti kapas dibandingkan dengan bahan sintetik
- Mengamalkan pemakaian sunblock atau sunscreen
- Pastikan ruangan dan bilik mendapat ventilasi dan suhu yang dingin
- Pilih mandian air sejuk dan dingin
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































