Sulit
3 tahun
Bintik merah seperti jerawat di lengan dan sekitar bahu
Apakah yang perlu dilakukan ? Telah pun berjumpa pakar kulit tetapi msalah tetap berulang. Boleh terangkan sebab pemakanan ataupun apa2 masalah lain ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk maklumat anda, biji atau jerawat tersebut mungkin disebabkan oleh:
- Penjagaan kebersihan badan yang kurang memuaskan
- Salur peluh yang tersumbat
- Gigitan serangga
- Jerawat di bahagian badan
- Diet atau pemakan juga dapat menyebabkan reaksi pada kulit
- Penyakit autoimun
Ini hanyalah pandangan kami secara am, anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya. Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengajukan masalah anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pencerahan mengenai keadaan anda, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) dan bercakap dengan doktor kami untuk mendapatkan pencerahan lanjut di atas talian. Terima kasih.