
Sulit
4 tahun
Bintik/titik hitam pada pandangan
Saya wanita dalam umur 20-an. Jika saya pandang latar belakang yang berwarna cerah, akan nampak ada titik/bintik hitam pada penglihatan sy. Jika saya cuba untuk fokus ke bintik hitam, ia akan lari. Bagaimana saya harus rawat masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami mengambil peduli tentang masalah yang anda alami pada masa ini.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mempunyai masalah sedemikian, namun ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda dikehendaki untuk menghubungi dan berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mempunyai masalah sedemikian, antaranya:
- Eye floaters
- Inflamasi dan radang pada bahagian belakang mata
- Retina terpisah dari lapisannya
- Pendarahan di dalam mata
- Ubat-ubatan pada mata ataupun pembedahan pada mata
Kini anda tidak perlu risau lagi tentang masalah mata anda!
Kami sarankan pada anda agar berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin supaya dapat mengetahui puncanya dan rawatan dapat dilakukan dengan secepat mungkin.
Terima kasih kerana menghubungi kami. Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai kondisi yang anda alami, sila hubungi doktor-doktor kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian.