Sulit
3 tahun
Bisul 0dekat dubur berdarah. Selama seminggu gejala ini timbil. Ada rasa gatal sikit. Apa perlu saya buat?
Saya wanita 38 thn. Ada bisul dekat dgn dubur.
Ia gatal kadang kadang. Ada darah sedikit. Apa perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Buat masa sekarang, anda harus ke klinik untuk memeriksa bisul itu dan mendapatkan ubat antibiotik. Hal ini kerana bisul berdekatan dubur mudah dijangkiti bakteria dari dubur. Jangkitan kuman sistemik boleh berlaku. Oleh itu, pembersihan luka perlu dilakukan untuk mengelakkan perkara ini.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.