Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bisul kelihatan sudah sembuh tetapi masih keluar cecair berwarna kuning

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 16, 2020 11:32 AM

Sulit 2 bulan

Saya ingin bertanya adakah normal sekiranya bisul yang kelihatan sudah sembuh tetapi masih keluar cecair berwarna kuning cair. Saya sudah ke klinik Dan makan ubat antibiotic sehingga habis. Pada mulanya Luka bisul saya sudah sembuh, tidak lama kemudian bisul tersebut keluar cecair berwarna kuning. Saya sudah ke klinik berulang Kali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 10 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, proses dan tempoh penyembuhan bisul adalah bergantung kepada individu. Bagi memudahkan proses tersebut, anda disarankan:

  • menjaga kebersihan pada kawasan yang terjejas
  • tidak memakai seluar dalam yang ketat
  • makan makanan yang kaya dengan protein
  • mengambil ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.

Memandangkan masalah ini berlanjutan, ia mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara.

  • antibiotik yang tidak bersesuaian
  • anda mungkin memerlukan rawatan pembedahan

Oleh itu, maklumat lanjut diperlukan bagi mengenalpsti punca sebenar masalah anda. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jan 16 2020 11:32:40 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang bisul secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Benjolan di ketiakkeras hi doc , saya perempuan berumur 18 tahun , saya sering ada masalah naik benjolan di ketiak kali ini awalnya naik jerawat sangat sakit seperti bisul tetapi bukan saya tk memicit macam sakit dari … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Sering timbul bisul di seluruh anggota badan Sy wanita berumur 40 an. Sy bermasaalah sering timbul bisul di merata kulit anggota badan sy terutama sekali kulit kepala. Kenapa terjadinya mcm ni dan ada x solution tuk masaalah sy ini Baca lagi...
24 hari
Sulit
Payudara sakit sebelah kiri. Bukan di puting. Tapi di kwasan trsebut belah bawah Saya berumur 27 tahun. Pagi tadi saya ada terasa sakit di payudara sebelah kiri. Mcm bisul pun ada. Boleh bagi penerangan sikit doktor? Baca lagi...
7 bulan
yatt1781
Seakan bisul di bawah puting bayu dara mmas salam saya berumur 39 tahun.mempunyai anak baru berusia 7bulan yang tidak lagi menyusu badan. di bayu dara saya terdapat 1 ketulan seakan bisul kemerahan tapi belum nampak nanah lagi. kadang-kada… Baca lagi...
7 bulan
Sulit
Bisul di kemaluan yg kerap Sy wanita berusia 28 tahun… saya ingin bertanye… kenpa saya kerap bisul di kemaluan… di bibir… di bulu kemaluan… kadang2 di punggung…sgt sakit… tidak muncul sekali banyak… akn bisul satu2 baik … Baca lagi...
2 bulan