Sulit
4 tahun
Bius untuk pesakit dialisis
Ayah saya sedang menjalani dialisis dan umurnya 54 tahun. Dia memerlukan pembedahan mata dan perlu dibius. Soalan saya, bolehkah pesakit dialisis dibius dan apakah kesannya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pesakit dialisis boleh dibius. Setiap hospital dan operasi akan mempunyai doktor anestetik terlatih yang merawat dan mengawal ubat bius bagi setiap pesakit. Kesan sampingan umum proses ini kepada semua pesakit, termasuk pesakit dialisis adalah seperti yang berikut:
- Pening
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
- Sakit otot
- Kegatalan
Kesan sampingan seperti yang diterangkan biasanya dapat sembuh sendiri dalam beberapa jam selepas kesan ubat bius habis.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.





































