
Sulit
3 tahun
Bleeding masa hamil 5minggu
Salam hi doc… Saya berumur 28y… Period regular 28 days. Saya telah lewat period dan test upt postif… Test juga clear blue naik 2-3week.
Selepas beberapa hari. Saya bleeding macam darah period 2 hari banyak jugak darah. Saya ada jumpa doc untuk mengenal pasti masalah.
Doc juga mengatakan saya hamil 5minggu. Pintu rahim juga tidak terbuka. Doc suruh saya tunggu lagi 2minggu.
Dalam masa yg sama saya test upt balik upt saya negatif… Adakah saya keguguran.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah pendaharan ketika hamil dan mendapati keputusan upt negatif. Saya faham akan kebimbangan anda tentang keguguran kandungan dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil. Antaranya adalah:
- Keguguran
- Placenta previa
- Solusio placenta
- Abruptio placenta
- Endometriosis
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan keputusan ujian upt yang anda lakukan berbeza. Antaranya adalah:
- Cara anda melakukan test tersebut tidak betul
- Waktu anda melakukan test tersebut tidak tepat
- Alat tersebut telah rosak
- Sampel cairan yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk langkah yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan