
nurinhayunirashid
6 tahun
Boleh ke guna econazine di muka ? Rakan saya ada kegatalan di muka
Rakan saya berumur 18 tahun dan mempunyai masalah kulit di muka

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, krim ekonazine adalah gabungan anti kulat dan krim steroid. Krim ini biasa digunakan bagi merawat masalah kulit seperti kurap atau jangkitan kulat. Nmun begitu sesetengah orang mempunyai kulit yang lebih sensitif terutamanya pada bahagian muka. Memandangkan krim ini mengandungi steroid walaupun dalam kadar yang rendah, sesetangah orang mungkin kurang sesuai menggunakannya.
Oleh itu, saya sarankan agar rakan anda merujuk terlebih dahulu kepada doktor akan punca kegatalan pada mukanya sebelum menggunakan sebarang ubat atau krim. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.