
Sulit
3 tahun
Boleh ke pesakit darah tinggi dan jantung serta mengambil ubat cair darah divaksin?
Ibu saya berusia 59 tahun dan 2 bulan lepas baru sahaja warded disebabkan serangan jantung kecil dan bacaan darah tinggi yg terlampau tinggi. Ibu saya perlu menjalani ideogram di Hospital Serdang. Ibu sy ada ambil ubat cair darah, boleh ke dia di vaksin? Atau ada certain vaksin je dia boleh ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kemusykilan anda tentang vaksin COVID-19 untuk ibu anda. Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, semua jenis vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mengambil ubat cair darah dan penghidap kencing manis.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini