
Sulit
4 tahun
Boleh ke rasa tanda hanmil 2week before due period?
saya wanita berumur 20an…skarang 5jan sy last period 25dis,20jan due period saya… saya nak tnya dokter ada ke yg dah boleh rasa awal tanda hamil sebab due period lebih kurang 2week lagi…tapi dokter saya ad banyak tanda awal kehamilan contohnya saya cepat penat sehari dua ni terasa demam selesama badan terasa panas,bersin,kentut,perut cramp,pedih ulu hati,sakit belakang,sakit pinggang,badan xselesa sangat… banyak simptom yg jgn terjadi serentak ni berlaku… saya sebelum ni pernah hamil tapi keguguran 8week… period sy teratur tiap bulan… adakah sy hamil dan betul ke simptom tu boleh rasa lagi awal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom premenstrual (beberapa minggu sebelum datang haid, anda boleh mengalami gejala seperti tanda awal hamil)
- kehamilan
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
Jika anda mengesyaki bahawa anda hamil, anda disarankan menggunakan ujian UPT seminggu atau 2 minggu selepas kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.