Sulit
3 tahun
Boleh ke saya makan supplement utk lelaki?
Hi. Saya lelaki berusia 22 tahun, saya kerap beronani ketika sekolah. Saya ingin berhenti untuk melakukan onani untuk kesuburan saya. Adakah sudah terlambat untuk merawat kesuburan? Bolehkah saya memakan “supplement for men” untuk menjaga kesihatan kemaluan dan kesuburan saya? Adakah ianya digalakkan pada usia saya? Produk apakah yang bagus untuk saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Sebenarnya, anda boleh mencari alternatif pemakanan yang lebih sihat tanpa menggunakan produk seperti:
- perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan nutrisi yang badan anda perlukan
- buah-buahan kering (kurma ) boleh membantu menjadi makanan tambahan yang sihat
Anda perlu merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia jika anda ingin mencuba produk tersebut supaya ia selamat diguna dan tidak membawa apa-apa kemudaratan. Kesan sampingan sebenarnya bergantung kepada bahan kandungan produk dan tindak balas tubuh seseorang. Maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat.
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti riadah atau sukan yang kerap. Pemakanan suplemen seperti vitamin C dan zink adalah dianjurkan tetapi haruslah mengikut ketetapan dos yang sesuai. Jika anda mempunyai keraguan, sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor secara langsung.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.