
Sulit
3 tahun
Bolehkah ibu menyusu dan suspicious kanser menerima vaksin covid19
hai doctor,adakah ibu yang mempunyai tyroid dan sekarang suspicious kanser boleh ambil vaksin.?tambahan pula skrang sedang menyusukan anak usia 7 bulan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang kelayakan penerimaan vaksin COVID-19. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, ibu menyusu layak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. Vaksin COVID-19 juga adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah tiroid dan kanser. Sehingga kini belum ada kajian yang menyatakan pengambilan vaksin akan memudaratkan keadaan seseorang melainkan individu tersebut mempunyai masalah alahan yang teruk.
Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan pra-vaksinasi terlebih dahulu kerana lebih banyak maklumat diperlukan untuk memastikan sama ada anda layak ataupun tidak untuk menerima vaksin.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini