
Sulit
3 tahun
Bolehkah makan ubat penahan sakit sebelum ambil vaksin?
saya wanita berumur 19tahun , sebentar lagi saya akan mengambil vaksin AZ second dose . tetapi saya mengalami bengkak gusi sudah 2hari . jadi, bolehkah saya memakan ubat penahan sakit atau ubat surut bengkak Sebelum pergi mengambil vaksin ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mengikuti garis panduan vaksinasi Covid-19, pengambilan ubat penahan sakit atau ubat surut bengkak sebelum suntikan vaksin adalah tidak digalakkan. Sebabnya, kami tidak dapat mengetahui kebolehan ubat-ubat tersebut dalam mempengaruhi kesan vaksin yang diterima.
Namun, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor pusat vaksinasi, serta ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor selepas suntikan vaksin untuk mengatasi bengkak gusi anda.
Selain itu, kesan sampingan umum vaksinasi termasuk: sakit dan bengkak pada tempat suntikan, demam, menggigil, sakit otot atau sendi, kelesuan, sakit tekak, batuk, loya dan muntah. Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini