
Sulit
3 tahun
Bolehkah minum air kelapa dengan supplement vitamin C atau vitamin lain dan juga Asid folic?
Hi Doctor, saya nak tanya mengenai keraguan saya. Benarkah air kepala menuetral kan supplement yang kita consume? Bolehkah kita minum air kelapa dengan supplement vitamin C atau vitamin lain dan juga Asid folic? atau kita perlu elakkan minum air kelapa jika kita ambil supplement vit C Vit D calcium dan juga Asid folic ? jika boleh minum air kelapa dan supplement vit tersebut pada hari yang sama. adakah perlu jarakkan masa pengambilan?
Terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Soalan anda adalah berkenaan benarkah air kelapa tidak boleh diminum dengan vitamin c, asid folik atau suplemen lain. Kami akan cuba menerangkan perkara ini kepada anda.
Untuk makluman anda, larangan minum air kelapa mahupun minuman herba lain bersama ubat-ubatan adalah kerana terdapat sesetengah ubat yang boleh berinteraksi dengannya.
Air kelapa baik untuk kesihatan kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Namun mereka yang mempunyai masalah seperti kandungan elektrolit tidak normal mungkin tidak sesuai mengambilnya.
Air kelapa sendiri mengandungi khasiat seperti folik asid dan vitamin c serta vitamin lain. Jadi anda tidak perlu makan vitamin C atau folik asid bersama air kelapa. Jika ingin diambil, boleh diambil pada masa yang lain.
Harap jawapan ini membantu anda.