
Sulit
4 tahun
Bolehkah minum madu saat hipertiroid
Sy penghidap hipertiroid dn selalu berasa tidak selesa bahagian kerongkong.Sy mngurangi ketisakselesaan itu dengn minum madu.Adakh madu baik utk hipertiroid??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penyakit hipertiroid.
Untuk makluman anda, tiada kajian yang sah mengatakan anda untuk mengambil madu sebagai makanan merawat hipertiroid. Oleh itu, saya menyarankan anda untuk mengambil ubatan yang telah di berikan oleh doktor bagi merawat penyakit anda.
Disamping itu, anda dinasihatkan untuk mengikuti panduan dalam memilih pemakanan bagi penyakit hipertiroid:
- Pengambilan makanan yang seimbang adalah digalakkan.
- Tingkatkan pengambilan kalori untuk mengelakkan penurunan berat badan.
- Makanan bergoreng bolehlah diambil, terutamanya bagi pesakit yang terlalu kurus.
- Makan makanan berprotein seperti ayam. Hadkan pengambilan lemak tepu terutamanya lemak dari sumber haiwan seperti kulit ayam dan lemak pada daging.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.