Sulit
2 tahun
Bolehkah saya berhenti makan atorvastatin 40 mg
Salam doctor saya mengambil ubat atorvastatin 40mg baru 3 bulan dan selama saya makan ubat atorvastatin 40mg terus jadi GERD boleh dikatakan setiap hari saya merana kerana gerd biar saya menjaga permakanan sekalipon boleh kah saya skip makan atorvastatin 40mg?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah GERD sejak pengambilan ubat atorvastatin 40mg. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Seperti kebanyakan ubat lain, ubat statin juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Kesan sampingan yang biasa dialami oleh pesakit, antaranya adalah sakit kepala, sembelit, gatal dan keletihan yang biasanya akan reda setelah tubuh menyesuaikan diri. Pesakit juga boleh mengalami peningkatan enzim hati yang disebabkan oleh pengambilan ubat statin dengan dos yang tinggi. Oleh itu, pesakit perlu menjalani ujian makmal secara berkala bagi memastikan fungsi hati berada dalam keadaan yang baik. Jika ujian makmal menunjukkan terdapat perubahan dalam fungsi hati, pertukaran dos atau ubat perlu dilakukan oleh doktor yang merawat pesakit tersebut.
Selain itu pesakit juga akan mengalami rasa sakit, keletihan atau lemah otot. Kesakitan pada otot boleh menjadi kesakitan yang ringan atau teruk sehingga mengganggu aktiviti harian. Sebagai contoh, pesakit mungkin mengalami rasa sakit ketika menaiki tangga atau berjalan kaki.
Manakala GERD atau pedih ulu hati pula boleh disebabkan oleh:
- Punca paling utama bagi penyakit pedih ulu hati atau “heartburn” ialah asid perut berlebihan yang masuk ke dalam esofagus.
- Lapisan mukosa di bahagian esofagus adalah berbeza dengan lapisan mukosa di bahagian perut.
- Mengikut kajian, banyak wanita yang melaporkan bahawa mereka pernah mengalami pedih ulu hati semasa mengandung.
- Selain GERD, penyakit jantung kadang kala juga boleh menyebabkan kesakitan di bahagian bawah dada.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.