Sulit
6 tahun
Bonjolan kecil di faraj
Saya wanita 20 an saya mengalami masalah dimana faraj saya sering kegatalan dan menimbulkan tompokan putih setiap kali saya period atau mengalami keputihan yang teruk… Sejak dua menjak ni saya sering kegatalan dengan teruk di faraj dan semalam saya baru perasan ada bonjolan yang sederhana di faraj saya… Saya berdebar takut apa2 jadi nanti makin melarat… Saya pun tak berani hendak jumpa doktor untuk bertanya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan, keputihan dan benjolan pada faraj yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan genital herpes
- Kista (cyst) pada kemaluan seperti “Bartholin/Sebaceous cyst”
- Penyakit kulit sepert ekzema atau alahan dermatitis
- Penyakit seperti lichen sclerosus/planus
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































