Sulit
2 tahun
Breast gatal akibat buat breast filler
Hello doctor,sebelum ini saya pernah buat breast filler ,dan sekarang hampir stiap hari mengalami gatal2 di tempat injection filler dan timbul kemerah merahan seperti eczema.boleh doctor bagi advise kenapa berlaku begini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami di bahagian payudara dan ia mengganggu kehidupan seharian anda. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Breast filling merupakan prosedur yang dilakukan untuk membesarkan payudara untuk tujuan kosmetik dan estetik . Prosedur ini juga perlu dilakukan oleh doktor yang bertauliah kerana breast filling merupakan prosedur invasif dan mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.
Pemeriksaan menyeluruh payudara perlulah dilakukan untuk memastikan implan tersebut dijangkiti ataupun tidak. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atass talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.