Sulit
2 tahun
Breast lump pada kedua belah breast
Saya wanita berumur 25 tahun. Pernah menjalani pembedahan breast lump di sebelah kanan pada umur 18 tahun. Sekarang, lump tersebut ada semula di kedua bahagian breast saya. Apa perlu saya buat? Setiap bulan sebelum dtg bulan breast saya akan rasa sakit sangat. Nak pergi ke hospital kerajaan, risau tidak akan dilayan kerana kes covid yg teruk skrg. Nak ke hospital swasta, saya rasa saya tidak mampu. Please help me. What should i do? My breast really hurt.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan pada buah dada. Untuk makluman pihak anda, masalah ketulan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua ketulan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila ketulan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.