
Sulit
4 tahun
Brown spotting / darah bercak coklat
Saya berumur 25 tahun dah berkahwin… selepas 2 ke 3 hari keluar brown spotting saya mula period…brown spotting bermula pada 2 hari sebelum kitaran haid saya… setelah sehari selepas habis brown spotting saya period…adakah saya mengandung ataupun pendarahan ringan sebab infeksi.??

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi iaitu spotting. Spotting merupakan gejala pendarahan sedikit atau coklat. Ia boleh disebabkan oleh fisiologi normal atau masalah kesihatan. Berdasarkan keterangan, anda telah mengambil pil perancang. Ia boleh memberi kesan sampingan seperti mengubah kitaran haid anda samada lebih awal atau lewat, haid banyak atau sedikit. Gejala ini mungkin boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat tersebut. Walaubagaimanapun, untuk maklumat anda, spotting juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!