
Anonymous
5 tahun
Buah pinggang dan Air Kencing Kotor
Saya wanita 35 tahun…telah melahirkan 5 org anak…anak bongsu berusia 1t7bulan…masalah yg saya hadapi bermula lebih setahun yg lepas (sebelum kelahiran anak yang bongsu)…air kencing saya berbau sulfur (saya kurang pasti perkataan sesuai) dan kadangkala berbau sangat hanyir(bau bangkai ikan)…mulanya saya alami tanda2 kencing kotor( kencing tak lawas dan warna keruh) tapi selepas pulih, air kencing saya tetap berbau hanyir walaupun kencing kotor telah tiada…yang menghairankan saya bau tersebut hilang ketika haid dan kembali semula selepas haid tamat… warna air kencing saya sekarang jernih tapi berbuih…kadangkala saya alami sakit dibahagian ari2 dan bahagian sebelah kanan. Adakah saya menghidapi penyakit buah pinggang? Perlukah saya ambil sebarang ubatan?
Terima Kasih Doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing kotor ( urinary tract infection ) dan gejala anda yang lain boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- jangkitan kuman
- batu karang
- keradangan pundi kencing
- masalah buah pinggang
Memandandangkan sebahagian besar kencing kotor dipengaruhi oleh jangkitan, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mendeteksi penyebab pasti masalah anda serta mendapatkan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang terjadi. Langkah sederhana yang boleh dilakukan bagi mengurangkan keparahan kencing kotor adalah dengan minum lebih air.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.