
Sulit
5 tahun
Buang air besar berdarah, sakit bibir punggung semasa meneran, darah merah pekat seperti biasa/seperti darah haid
Saya wanita berumur 28tahun. Bulan ini kali kedua saya buang air besar berdarah tapi kali ini saya ada pegang punggung dan lihat tekstur darah seperti puding, seperti darah haid. Selain dari itu darah menitis nitis juga setelah najis keluar… 2 ke 3 hari selepasnya, saya datang haid. Dan harini saya buang air besar lagi, sedang haid, juga ada darah keluar dari punggung, ada kemungkinan ke darah haid saya keluar dari punggung? Tolong saya faham.Saya nak ke hospital tapi risau dijangkiti Covid19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.