Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Buang air besar, keluar darah tapi tidak banyak. Se

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 12:24 PM

Sulit 55 hari

Assalamualaikuum. Saya berumur 27 tahun, bru saja berkahwin. Saya kini hamil dlm usia kandungan 6minggu 4hari. Saya seorang yg mmg mudah membuang air besar. Namun, baru saja berlaku apabila saya buang air besar, ada darah tetapi tidak banyak. Sebelum ni pernah berlaku sebelum hamil. Tp setahun yg lepas. Dan skrg baru saja berlaku semula ketika hamil. Adakah ianya akan beri kesan kepada kandungan saya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 55 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Buasir

  • Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap

  • Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus

  • Rectal ulser

  • Masalah pendarahan

  • Kanser usus

Sekiranya pendarahan tersebut tidak banyak, ia tidak akan memberi kesan kepada kandungan anda. Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 12:24:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Adakah Najis Berdarah Itu Buasir or Cancer Hai,saya qis umur 30 tahun,saya memang ada masalah sembelit dari dulu lagi…kadang-2 nak membuang kena teran dulu…baru-2 ini semasa saya membuang air besar saya mendapati ada darah…apa yang patut… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Buasir ada titisan darah Ubat untuk menghentikan titisan darah semasa buang air besar yang boleh didapi difarmasi.contoh supositori atau ubatan lain… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Mata sakit Dan berak berdarah Dan tangan kaki kerap berpeluh Saya wanita 32 tahun, kebelakangan ini says berada sering letih tapak kaki Dan tangan kerap berpeluh Dan says rasa badan lemah Dan sejuk saya juga mengalami sakit mata telinga Dan hidung termasu… Baca lagi...
30 hari
Sulit
Berak berdarah dan sakit belakang Saya lelaki berumur 20 tahun apabila berak dan tahi mempunyai tompokan merah ade kah ia darah Baca lagi...
9 hari
Sulit
Keluar ketulan darah selepas membuang najis Saya mengalami berak berdarah sudah 5 hari. terdapat ketulan darah beku selepas membuang najis. kadang2, saya susah bernafas dan perut kembung. saya sudah berjumpa doctor, doctor cuma bg ubat ga… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi