Sulit
3 tahun
Buang air besar normal
Saya lelaki berumur 20an ingin mengetahui orang buang air besar normal berapa kali seminggu ? Adakah setiap hari buang air besar adalah normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya akan cuba menerangkan kepada anda tentang frekuensi atau kekerapan membuang air besar yang normal. Untuk makluman anda,kekerapan membuang air besar yang sihat boleh berlaku antara tiga kali sehari hingga tiga kali seminggu. Puratanya adalah 3 hingga 4 kali dalam seminggu. Kekerapan membuang air besar adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengalami 1 hari sekali ataupun 2 hari sekali. Walau bagaimanapun, corak ‘normal’ anda mungkin berbeza dengan nombor ini. Untuk mengatakan bahawa seseorang individu itu lebih kerap membuang air besar, adalah bergantung kepada kebiasaan membuang air besar individu itu sendiri, bukan berdasarkan definisi standard yang berlaku untuk semua orang.
Dua keadaan tentang membuang air besar yang perlu dikhawatirkan adalah sembelit (membuang air besar kurang dari tiga kali setiap minggu) dan cirit-birit (membuang air besar lebih daripada tiga kali setiap hari).
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih