
Sulit
4 tahun
Buasir - Pendarahan yang banyak
Saya Mengalami pendarahan yang agak kronik. Hal ini mungkin disebabkan oleh kecederaan pada bonjolan yang terkeluar akibat drpd duduk yang lama. Namun, saya juga khuatir akan terdpt komplikasi yang lain. Mohon bantuan dari yang pakar. Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan atas pendarahan yang berlarutan akibat masalah benjolan yang terkeluar yang mempunyai kecederaan. Masalah benjolan tersebut mungkin adalah dikenali sebagai buasir ataupun tidak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa komplikasi yang diketahui yang berlaku atas masalah buasir iaitu:
- Usus yang tercekik mengakibatkan aliran darah ke bahagian buasir atau usus mennjadi tersekat. Ini adalah berbahaya kerana ia akan merosakkan (mematikan) bahagian usus yang terlibat.
- Kurang darah (anemia) akibat pendarahan yang berlarutan
- Jangkitan kuman atau bakteria pada buasir tersebut dan boleh menyebabkan kematian usus, penghasilan abses (kantung air), dan juga demam (jangkitan kuman ke darah).
- Darah beku yang boleh menyebabkan benjolan tersebut menjadi sangat sakit dan gatal.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera kerana ia akan menyebabkan komplikasi-komplikasi tersebut secara langsung. Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut bagi mengurangkan masalah buasir anda iaitu:
- Dapatkan ubat sapu buasir yang terdapat di farmasi bagi mengurangkan gejala bengkak.
- Dapatkan ubat tahan sakit
- Gunakan pek ais atau pek sejuk atas benjolan tersebut.
- Duduk (rendam) pada air suam yang ditakung.
- Amalkan pemakanan yang sihat dan mengandungi nutrisi fiber.
Rawatan yang diperihalkan di atas adalah rawatan sementara di rumah. Rawatan yang sewajarnya adalah melibatkan pembedahan dan boleh didapati menggunakan kemudahan hospital yang terdekat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah buasir anda hari ini.