Sulit
3 tahun
Cabut gigi geraham bawah sebelah kanan
Saya berumur 30 tahun sedang mengandung. Pada minggu lepas saya cabut gigi geraham kanan bawah…ubat kebas telah hilang pada tempat cabutan beberapa jam selepas cabut gigi… Tetapi ubat kebas tidak hilang pada bahagian gigi depan,bibir dan dagu…saya merasa tidak selesa dan merasa bahagian itu sentiasa tebal walaupun selepas 6 hari.saya telah pergi ke klinik semula mereka hanya memberikan saya mecobalamin tetapi tiada apa perubahan. Soalan saya bagaimana memulihkan keadaan bahagian yg saya sebut tadi seperti sediakala?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Kami faham anda bimbang tentang ubat kebas tidak hilang pada bahagian gigi depan, bibir dan dagu.
Untuk makluman anda, kami tidak mempunyaj kepakaran dalam bidang pergigian. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pergigian untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan nasihat atau rawatan bagi masalah gigi anda.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.