
dieana91
5 tahun
Cabut iucd n pasang balik yg baru iucd
saya pakai iucd … genap 3tahun 29/12 patot sy buang iucd tu… tapi sy lewat 31/ 12 sy baru… masa tu sy baru lpas period… 2 hari… saya p buang… doktor ckp nk tgk kedudukan rahim xnampak sbb saya sudah kencing… pastu die trus buang… die kata agak senang nak masuk… tapi lepas cabut tu… n pasang yg iucd yang baru plk… die ckp senang je pasang iucd tu… tapi lepas doktor ckp ade darah skit… ni masuk hari kedua saya pasang baru die masih berdarah… tu darah ape doktor kuar… darah period lagi ke doktor atau kesan luka kat dalam rahim saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini normal untuk berlaku selepas alat perancang kehamilan tersebut dimasukkan. Ia boleh berlaku sepanjang tempoh 3 hingga 6 bulan. Pendarahan tersebut adalah seperti cecair berwarna coklat yang dikenali sebagai spotting.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.