Sulit

6 tahun

Cairan Nanah dari alat sulit

saya lelaki berusia 38tahun.sejak seminggu yang lepas ada cairan seperti nanah keluar daripada alat sulit saya.adakah ini std dan bagaimana saya dapatkan ubat?saya ada terlibat dengan perhubungan yang tidak selamat utk pengetahuan doktor.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan encik, encik berisiko tinggi untuk mengidap penyakit kelamin akibat tabiat aktiviti seksual tanpa perlindungan. Namun begitu, rawatan hanya boleh diberi setelah mengenalpasti punca organisma penyakit kelamin tersebut. Antaranya adalah:

Jangkitan bakteria

  • Chlamydia: Penyakit ini ialah salah satu penyakit kelamin yang paling biasa dijumpai di Malaysia. Antara komplikasinya yang paling serius ialah penyakit radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Jangkitan chlamydia mudah berlaku melaui hubungan kelamin tanpa perlindungan dan jangkitan ini berlaku empat kali ganda lebih kerap berbanding dengan penyakit gonorrhea. Bayi yang dijangkiti chlamydia semasa proses bersalin boleh mengalami radang mata atau paru-paru (pneumonia).
  • Gonorea: Penyakit kelamin ini disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Neisseria gonorrhoea dan boleh menjejaskan kedua-dua jantina. Jangkitan boleh berlaku di bahagian kemaluan, dubur, usus dan tekak. Lebih kurang 90 peratus pesakit mengalami simptom-simptom seperti keluaran lendir bernanah dari bahagian kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.
  • Sifilis: Penyakit ini berpunca daripada satu organisma yang dikenali sebagai ‘spirochete’ Sifilis dan boleh merebak melalui hubungan kelamin secara oral, dubur dan vagina ataupun daripada ibu yang dijangkiti sifilis kepada bayinya semasa kehamilan. Secara umumnya, penyakit ini berlaku dalam empat peringkat. Pada peringkat awal, kudis muncul di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan akan hilang sendiri. Pada peringkat-peringkat berikut, simptom-simptom yang mungkin berlaku ialah demam, menggigil dan sakit otot.

Pemeriksaan fizikal seperti sampel cairan tersebut perlu diambil untuk analisa doktor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

menshealth2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)