Sulit
5 tahun
Cairan sticky berwarna coklat di faraj
Saya berumur 27 tahun dan saya telah berkahwin. Saya mempunya pcos sebesar 4 ke 5 cm. Saya nak tanya, bulan lepas saya datang period pada 19 April - 25 April. Kemudian beberapa hari yang lepas(12 May - terkini 14 May) terdapat cairan berwarna coklat keluar dari faraj saya. Cairan tersebut pekat dan tak berbau. Saya perasan cairan tersebut ada sewaktu saya buang air kecil. Sedangkan tarikh period saya adalah seminggu lagi. Kemudian semalam (12 May) saya sengaja pakai pad sebab mungkin sy tgh period, tapi tak ada darah period yang keluar dan cuma kesan warna coklat sahaja. Apabila saya check semula pada petang (13 May), tiada kesan cairan yang hadir di faraj bila saya check gunakan kapas. Dan hari ini (14 May) terdapat lendir berwarna kuning cair. Boleh saya tahu kenapa ya? Adakah cairan itu ialah period?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























