Sulit
4 tahun
Campuran susu formula untuk bayi
Saya baru melahirkan anak pertama pada bulan 10 yang lalu dan kini anak saya berumur ±1 bulan. Namun saya tidak mampu untuk memberikan susu badan atas faktor kesihatan. Oleh itu saya terpaksa memberikan susu formula, tetapi kebanyakan susu formula yang telah saya cuba tidak serasi dengan anak saya. Antara susu formula yang telah saya cuba adalah Dupro, Lactogen, Isomil, Frisolac, dan Dutch Baby. Setiap susu formula tersebut sama ada menyebabkan anak saya cirit-birit, ruam, juga sembelit. Persoalan saya sekarang, bolehkan saya mencampur dua jenis susu formula dalam satu hari yang sama (bukan dalam satu bancuhan)?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada larangan untuk anda menggunakan dua jenis susu formula dalam sehari. Sekiranya anak anda boleh menerima dan tidak mempunyai komplikasi kesihatan selepas minum kedua-dua jenis susu, maka anda boleh teruskan. Sekiranya tidak, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak atau pakar nutrien bagi mengenalpasti susu yang sesuai untuk anak anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.