Sulit
3 tahun
Cancel appoiment untuk berjumpa doktor pakar
Boleh cancel ke appoiment jumpa doktor pakar yang telah di beri karna risau akan wabak covid-19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan adalah terhad. Terdapat pelbagai soalan lanjut yang perlu ditanyakan. Anda digalakkan untuk berbincang dengan pihak hospital bagi membuat keputusan tersebut kerana hal ini juga bergantung kepada tahap masalah kesihatan anda. Sekiranya pemeriksaan terhadap gejala/masalah kesihatan anda boleh ditunda kepada suatu tarikh yang lain, maka seharusnya tidak ada masalah. Namun, anda boleh berbincang kembali dengan pihak hospital/klinik.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih