
Sulit
4 tahun
Cara consume clomid jika haid hanya 3 hari dan darah yang sedikit spotting
Hai… Saya ada pertanyaan… Pada 30/12/2020 Doktor pakar sakit puan beri saya ubat clomid untuk di makan dari hari first hingga hari keenam period untuk dua cycle… Selepas tarikh 30hb december tu saya mula haid tetapi darah sangat sedikit… Dan hanya 3 hari… Darah seperti coklat2 dua tiga titik macam tu… Untuk haid hari pertama saya tak makan lagi ubat clomid… Sebab tak yakin haid… Jadi saya nak tanya, perlu juga ke saya makan ubat clomid even haid setitis dua berwarna coklat? Dan jika haid hanya 3 hari sahja, perlu juga ke saya makan ubat clomid sehingga hari keenam? (dah habis period tapi still makan)

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk teruskan mengambil ubat tersebut seperti yang telah diarahkan oleh doktor pakar anda. Saya juga sarankan anda untuk menghubungi doktor pakar anda kerana beliau lebih mengetahui status kesihatan anda. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan yang tepat dalam hal ini kerana maklumat tidak mencukupi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.