Sulit

3 tahun

Cara cuci taik telinga keras selain titis ubat

Hai , saya berumur 16 tahun .

Saya ingin bertanya doctor , bagaimana cara untuk saya korek taik telinga yang keras selepas lega dari nanah ? Sebelum nanah dalam telinga terjadi saya telah titiskan ubat untuk cairkan taik telinga , tetapi , taik telinga tidak cair dan menjadi nanah kerana tersumbat , saya telah mendapat rawatan yang lebih lanjut … sekarang , nanah sudah lega , tetapi taik telinga masih ada dan terasa bengang , bolehkah saya menggunakan kain kain bersih untuk menyucikan taik telinga ini ataupun menggunakan cara lain? Terima kasih atas jawapan doctor :slight_smile:

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaannya ubat cairkan tahi telinga akan berkesan dalam 3-5 hari dengan kaedah penggunaan bergantung dengan jenis ubaat dengan cara yang betul. Berikut merupakan kaedah untuk menggunakan ubat cair tahi telinga. Sebaik-baiknya anda meminta bantuan orang lain untuk menitikkan ubat tersebut ke dalam telinga.

  1. Basuh tangan dengan air dan sabun sehingga bersih terlebih dahulu

  2. Cuci bahagian luar telinga dengan kain lembab dan kemudian keringkan telinga tersebut.

  3. Baca label ubat titis telinga yang akan digunakan. Pastikan ubat titis telinga tersebut adalah ubat anda.

  4. Sekiranya ubat titis telinga yang digunakan adalah dari jenis larutan yang keruh, goncang botol ubat titis tersebut selama 10 saat.

  5. Periksa hujung penitis supaya tiada sebarang keretakan atau pecah. Elakkan hujung penitis daripada menyentuh telinga anda.

  6. Ambil sukatan ubat seperti yang diarahkan dengan menggunakan penitis.

  7. Sengetkan telinga yang bermasalah ke atas atau posisi berbaring. Tarik cuping ke belakang dan ke bawah untuk membuka saluran telinga

  8. Titiskan ubat tersebut mengikut amaun yang betul. Tekan perlahan-lahan pada telinga luar untuk membantu titisan ubat bergerak ke dalam saluran telinga.

  9. Pastikan kedudukan telinga disengetkan untuk beberapa minit seperti yang diarahkan atau sekurang-kurangnya 5 minit

  10. Tutup semula botol ubat titis tersebut dan ketatkan penutupnya.

  11. Basuh semula tangan anda bagi menghilangkan kesan ubat yang tertinggal

Selain kaedah ini, anda juga bole meminta penjaga anda membawa anda terus ke hospital dan membuat temu janji dengan doktor di klinik pakar ENT iaitu doktor pakar bahagian telinga, hidung dan mulut untuk membantu mencuci telinga anda dengan selamat. Diinagtkan, jangan cuba mengorek sendiri telinga anda.

Anda juga boleh membuat temu janji dengan doktor pakar ENT dari hospital swasta melalui link ini.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan nasihat rawatan yang palling sesuai, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

5-penyebab-gatal-di-telinga-dari-alergi-sampai-penyakit-kulit

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)