Sulit
4 tahun
Cara dan Tip Untuk Merancang Kehamilan Secara Sendiri, Full BF
Saya berumur 26, mempunyai seorang anak berumur 5 bulan, full bf. Saya belum datang haid setakat ini. Adakah ia normal?
Saya cuba merancang kehamilan secara sendiri. Jika saya ada merasa loya (setakat ini, 2x merasa loya), adakah itu tanda² awal kehamilan? Saya mempunyai darah rendah juga. Dan sekiranya bukan hamil, bolehkah saya tahu tip² lain dalam merancang kehamilan secara sendiri?
Terima Kasih.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, breastfeeding atau menyusukan anak boleh menyebabkan anda tidak haid selepas bersalin. Secara amnya, wanita yang hanya menyusukan anak secara eksklusif akan mengalami gejala haid tidak datang sepanjang mereka menyusukan anak.
Bagi perancangan anda, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Terdapat beberapa maklumat yang perlu diperolehi sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.



































