fatihah4313
4 tahun
Cara hilangkan tanda lahir
Bayi saya berumur 2 bulan dan mempunyai tanda lahir di pipi…yang berwarna koko@seakan lebam.
Adakah tanda itu akan hilang?bagaimana Cara until saya hilangkan tanda lahir itu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tanda lahir pada anak kecil dapat terdiri atas beberapa jenis. Antara yang utama adalah:
- Cafe au lait spots
- Tahi lalat
- Mongolian spots
- Hemangioma
- Port wine stains
- Salmon patches
Kebanyakan daripada tanda lahir akan mulai pudar apabila anak semakin membesar. Akan tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya. Sementara itu, sesetengah lagi akan membesar. Justeru, sebaiknya anda merujuk doktor pakar kulit agar dapat dikenalpasti jenis tanda lahir bayi serta dilakukan penatalaksanaan yang bersesuaian.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.