
Sulit
5 tahun
Cara Makan Postinor 2
Saya ingin bertanya tentang postinor 2 . Sayan berumur 23 tahun dan telah melakukan hubungan bersama teman lelaki saya . Namun , keadaan tak dapat dikawal dan terjadi benda yg tidak diingini . Slps itu saya beli postinor 2 di pharmacy dan makan ikut arahan . Pil pertama saya ambil dalam masa 24jam tapi pil yang kedua saya ambil selepas 24jam sepatutnya perlu 12jam . Apa pendapat doktor ? Hari period saya adalah dalam minggu ke 3 .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan hamil itu masih rendah jika anda dapat mengambil pil yang kedua tidak lama selepas itu. Sekiranya anda langsung tidak mengambil pil yang kedua, kemungkinan untuk hamil adalah sedikit tinggi kerana perlindungan oleh pil postinor 2 tidak dapat dimanfaatkan dengan baik. Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.