Sulit
3 tahun
Cara Mengesan Adanya Kanser Dalam Tubuh Manusia
Doktor, sy ingin bertanya…adakah semua jenis kanser di dalam tubuh manusia dapat dikesan melalui ujian tertentu? Misalnya, sy risau jika sy menghidap kanser tertentu dan ingin pergi ke hospital untuk cek jika sy menghidap semacam jenis kanser di tubuh sy, adakah doktor di sana dpt mengesan adanya kanser di tubuh sy, tidak kira lah apapun jenis kanser yg ada di tubuh.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, bagi mengesan sesuatu penyakit, termasuk kanser, pemeriksaan yang menyeluruh perlu dilakukan. Pemeriksaan meliputi pelbagai pertanyaan berkenaan gejala yang mungkin anda alami, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan radiologi dan pemeriksaan makmal. Doktor akan dapat mengesan suatu jenis kanser berdasarkan petunjuk daripada pemeriksaan yang diperlukan bergantung kepada keadaan pesakit. Jika anda risau dengan perkara ini, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor di klinik atau hospital berdekatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih