
Sulit
4 tahun
Cara mengetahui bila subur selepas keguguran tapi belum datang bulan
slmat pagi , saya tlh mengalami keguguran pada 29sept , pendrhn slma 3hri , dan pada 26hb oct kluar pendarhn berserta gumpalan darah slma 12 hri bgtu , ada ka itu sisa janin y blm trkluar ketika 29hb sep ? dan mcm mana mahu tahu bila fasa subur jika belum datang bulan sejak keguguran ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya wanita akan mula datang haid selepas 4-6 minggu selepas keguguran. Pendarahan selepas keguguran juga boleh berlaku tetapi selalunya akan hilang selepas 2 minggu selepas keguguran.
Untuk mengetahui sama ada anda subur selepas keguguran adalah agak sukar kerana setiap manusia berbeza-beza. Namun begitu anda boleh memantau tanda-tanda ini untuk mengetahui jika anda sedang ovulasi:
- suhu badan turun dan naik
- keputihan yang keluar dari faraj adalah jernih seperti putih telur
- payudara terasa sakit
- kembung
- kekejangan pada ari-ari
Tetapi tanda-tanda ini tidak semestinya bermakna anda sedang ovulasi. Untuk mengesan jika anda sedang subur, ujian air kencing boleh dilakukan untuk mengesan hormon Luteinizing ataupun ujian darah untuk mengesan kadar hormon dalam tubuh badan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!