
Sulit
5 tahun
Cara menghindarkan diri dari Anxiety dan panic attack
Hi doct boleh tak saya tahu bagaimana cara agar perkara ini dapat dielakkan dari terjadi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh dicegah oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mengenalpasti apakah punca masalah tersebut. Sebagai contoh, persekitaran yang ramai orang, kawasan yang sempit, berada di hadapan orang ramai dan sebagainya.
- Berjumpa dengan kaunselor/pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut (ubat-ubatan/terapi)
- Menghubungi badan-badan NGO seperti mentari malaysia bagi masalah psikiatri.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.