
Sulit
4 tahun
Cara mengira pergerakan bayi dalam kandungan
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera doktor… saya nk tanya… kalau dalam tempoh 15minit selepas gerakan pertama terdaapt lagi pergerakan, adakah itu masih dikira 1pergerakan atau tidak… sbgai contoh gerak pertama pkl 4.45, kemudian terdapat pergerakan pada jam 5.00… sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, tiada jumlah tendangan yang tetap yang perlu dirasakan setiap hari. Ada yang mengisi corak atau gerakan bayi di dalam carta.
Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan memahami corak pergerakan bayi semasa kita berjaga.
1️)Pertama sekali, pilih waktu bayi paling aktif, contohnya selepas makan.
2️)Kemudian, duduk dalam keadaan mengangkat kaki atau berbaring mengiring.
3️)Setiap kali anda merasakan gerakan, catatkannya sebagai pergerakan sehinggalah cukup 10 kali. Ia boleh mengambil masa 15 minit hingga 2 jam.
4️)Selepas beberapa bulan memantaunya, anda akan dapat mengenalpasti jika bayi kurang gerak berbanding biasa.
Apa pun, perlu diingat, apabila kehamilan semakin membesar, bayi akan mempunyai kurang ruang untuk pergerakan. Maka, ibu mungkin akan kurang merasakan gerakan bayi seiring dengan meningkatnya usia kehamilan.
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mengetahui punca-punca lain dan penjelasan mengenai persoalan anda dengan lebih lanjut daripada doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.